S1 : Bilakah Kolej Komuniti Hulu Langat mula ditubuhkan?
J1 : Kolej Komuniti Hulu Langat mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2003 dan merupakan sebuah institusi pendidikan yang bernaung di bawah Sektor Pengurusan Kolej Komuniti , Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
S2 : Apakah kursus yang ditawarkan oleh kolej Komuniti Hulu Langat ?
J2 : Kolej Komuniti Hulu Langat menawarkan enam ( 2 ) Kursus Sepenuh Masa iaitu :-
>> Diploma Pengurusan Pengurusan Fasiliti( mula ditawarkan pada Sesi Julai 2007 )
>> Sijil Teknologi Maklumat
>> Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara
nan
Selain Kursus Sepenuh Masa , Kolej Komuniti Hulu Langat turut menawarkan kursus jangka pendek untuk semua lapisan masyarakat.
S3 : Berapakah tempoh pengajian di Kolej Komuniti Hulu Langat bagi Kursus Sepenuh Masa dan Kursus Pendek?
J3 : Tempoh pengajian kursus sepenuh masa adalah 2 tahun empat(4) semester dan tempoh maksimum adalah 10 semester. Bagi Kursus Pendek tempoh pembelajaran tertakluk pada jenis kursus yang diambil. Minimum kursus adalah 3 jam.
S4 : Bagaimanakah caranya untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Hulu Langat?
J4 : Bagi kursus sepenuh masa , calon boleh memohon dengan menggunakan borang yang boleh dibeli di Kolej Komuniti Hulu Langat atau permohonan secara on–line di http://www.bpkk.edu.my. Iklan mengenai permohonan akan dikeluarkan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober setiap tahun di akhbar-akhbar tempatan. Bagi kursus pendek pula , setiap pemohon yang berminat boleh melihat senarai kursus pendek yang ditawarkan oleh pihak kolej dalam laman web kolej dan borang penyertaan boleh di muat turun melalui laman web kolej. Peserta kursus pendek juga boleh datang sendiri ke Kolej untuk mendapatkan borang penyertaan.
S5 : Adakah Kolej Komunit Hulu Langat menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar ?
J5 : Kolej Komuniti Hulu Langat tidak mempunyai asrama pelajar. Walau bagaimanapun , pihak Kolej akan membantu pelajar untuk mendapatkan tempat penginapan.
S6 : Adakah pihak Kolej Komuniti Arau Perlis menyediakan Bantuan Kewangan kepada para pelajar ?
J6 : Bantuan Kewangan diuruskan oleh Sektor Pengurusan Kolej Komuniti , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia . Pihak Kolej Komuniti Hulu Langat akan menghantar maklumat pelajar yang layak mendapat bantuan kewangan kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti untuk diproses. Setiap pelajar yang layak akan mendapat bantuan kewangan dalam bentuk Elaun sebanyak RM 250.00 sebulan ( Tertakluk kepada syarat dan perubahan ) . Bagi pelajar yang tidak mendapat elaun , pelajar boleh memohon pinjaman Kementerian Pengajian Tinggi ( KPTM ) sebanyak RM 6000.00 sepanjang tempoh pengajian ( 2 tahun ).
::.. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Kolej Komuniti , KPTM , sila lawati laman web Sektor Pengurusan Kolej Komuniti , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh melihat Soalan Lazim
( F.A.Q ) pada bahagian Maklumat Umum di laman web tersebut. ..::
Laman Utama | FAQ | Peta Laman | Login | Email
Kolej Komuniti Hulu Langat. Copyright reserved