Mukim Cheras
Mukim Cheras terletak dalam daerah Hulu Langat, negeri Selangor, Malaysia. Ia bersebelahan dengan Mukim Kajang, mukim Hulu Semenyih dan mukim Hulu Langat. Jika dari Kuala Lumpur ke Seremban di selatan dengan melalui Lebuh Raya Grand Saga, anda akan temui mukim Cheras di sebelah kiri dan kanan kira-kira 8 kilometer dari Kuala Lumpur.
Muka buminya berbukit-bukit. Bukit Enggang setinggi 1,119 kaki. Di Stesen Jabatan Pertanian, dibina kolam air di atas sebuah bukit dan terdapat dua sungai di mukim Cheras iaitu Sungai Long dan Sungai Sekamat. Nama "Cheras" dikaitkan dengan kehebatan Tok Perimbun yang mendiami kawasan itu pada zaman dahulu.
Tok Perimbun merupakan guru silat yang gagah perkasa dan pandai bersembunyi. Hanya dengan beberapa rumpun serai sahaja yang melindungi dirinya, dia dapat bersebunyi daripada musuh. Itulah sebabnya dia dikatakan sebagai Tok Perimbun menyorok di rimbunan pokok serai. Pokok serai banyak di kawasan Sungai Serai sekarang ini. Kehebatannya terletak pada kekuatan kakinya berjalan dan mengayuh sampan kerana pada masa itu tidak ada basikal. Bunyi dia berjalan akan mengeluarkan bunyi 'cheruh cheras cheruh cheras' oleh geseran seluar silat yang berwarna hitam itu.
Sesiapa yang berselisih dengan Tok Perimbun ketika berjalan, akan mendapati Tok Perimbun sudah berada di tempat yang ditujui itu Bukit Enggang. Hajatnya ialah hendak menangkap burung enggang yang banyak di situ. Pengikutnya hairan bagaimana Tok Perimbun boleh sampai terlebih dahulu sedangkan mereka yang lebih dahulu pergi.
Namun dalam perjalanan pulang, apabila dia sampai di sebuah bukit, Tok Perimbun tidak berupaya lagi kerana makanannya telah dicampur dengan sembilu buluh. Ilmu silat yang dimilikinya boleh luntur dan ghaib. Tok Perimbun terpaksa dipapah dan didukung. Maka tempat itu dinamakan Bukit Dukong. Tok Perimbun terpaksa menggunakan sampan di Sungai Sekamat. Sungai Sekamat merujuk kepada keramat Tok perimbun.
INFO MUKIM CHERAS
Bil |
Perkara |
Jumlah |
1 |
Keluasan Kawasan |
|
2 |
Anggaran penduduk |
|
3 |
Guna Tanah |
Luas (Ekar) |
|
Kawasan Perumahan |
|
|
Kawasan Perniagaan |
2169.7024 |
|
Kawasan Perindustrian |
5963.5418 |
|
Kawasan Zon Enterprise |
1392.7813 |
| |
Kawasan Hutan Simpan |
|
| |
Kawasan Kawasan Lapang |
|
| |
Kawasan Padang Golf |
|
| |
Kawasan Pertanian |
47796.263 |
| |
Kawasan Institut (UKM) |
2504.5622 |
| |
Kawasan Tanah Kosong |
1177.3220 |
| |
Kawasan Pendidikan |
601.41602 |
| |
Kawasan Kemudahan Awam |
1545.0371 |
| |
Kawasan Kemudahan Ibadat |
113.67897 |
| |
Kawasan Perkuburan |
405.58580 |
| |
Kawasan Kolam Oksidasi |
76.115193 |
| |
Kawasan Kolam/Tasik |
46.648005 |
| |
Kawasan Snitary Landfill |
306.43553 |
| |
Lain-lain Kemudahan |
10829.529 |
*Data Guna Tanah adalah merangkumi Kawasan Mukim Hulu Langat, Mukim Cheras, Mukim Kajang, Mukim Branang, Mukim Semenyih.
Senarai sekolah di Mukim Cheras
BIL |
NAMA SEKOLAH |
1 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak |
2 |
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Jalan Suasana, Bandar Tun Hussein Onn |
3 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn |
4 |
Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn |
5 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Connaught, (2) Bandar Damai Perdana |
6 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu 9, Jalan Cheras |
7 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Batu 11, Jalan Sekolah, Kampung Baru Batu 11 Cheras |
8 |
Sekolah Kebangsaan Cheras Indah, Jalan Melati 4, Taman Maju Jaya |
9 |
Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Bt 10, Jalan Hulu Langat |
10 |
Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Batu 9 |
11 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Chua, Jalan Sekolah, Kampung Sungai Chua, 43000 Kajang |
12 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun, Km. 16, Jalan Cheras |
13 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Bandar Damai Perdana, Cheras |
14 |
Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan Batu 9, Jalan Cheras |
15 |
Sekolah Kebangsaan Kampung Cheras Baru, Jalan 34B, Kampung Cheras Baru |
16 |
Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs, Batu 9, Cheras |
17 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, Lorong Cp5/39, Taman Cheras Perdana, Bt 9 3/4 Cheras |
18 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Taman Cheras Jaya |
19 |
Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding |
20 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding |
21 |
Sekolah Sri Sempurna, Taman Cheras |
SENARAI KAMPUNG DI MUKIM CHERAS
BIL |
NAMA KAMPUNG |
KETUA KAMPUNG |
NO. TELEFON |
|
KG BATU 10 |
HJ MANSOR BIN KALIK |
012-6691613 |
|
KG BUKIT DUKUNG |
ZULKARNAIN BIN SARIMIN |
017-3798394 |
3 |
KG SG. RAYA |
HJ MUHAMMAD ZIN BIN MARULA |
012-6157421 |
4 |
KG SG. SEKAMAT |
AHMAD SYUKOR BIN MAWI |
03-87377660 |
5 |
KG MELAKA |
RAZALI BIN SULAIMAN |
012-2963635 |
6 |
KG BATU 9 CHERAS |
TAN KENG HUA |
016-2173816 |
7 |
KG BATU 11 CHERAS |
NEO SING HU |
019-3120936 |
8 |
KG BARU BALAKONG |
LAI CHONG |
016-3786268 |