![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mukim AmpangAmpang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Secara umumnya,Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang Kuala Lumpur(meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center(KLCC).Kawasan Zon Ampang Kuala Lumpur ini telah ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL)mengikut Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan.Kawasan pentadbiran Di kawasan Zon Ampang Selangor pula ditabbir oleh(MPAJ)yang dibahagikan kepada dua kawasan pemerintahan iaitu Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Parlimen Ampang. Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan Kampung Baru Ampang, Pekan Ampang, Kampung Melayu Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Dagang,Ampang Point(Mamanda), Taman Dato' Ahmad Razali, Taman Tun Abdul Razak(Taman TAR)dan Ampang Jaya. Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil; Ampang Indah, Ampang Mewah, Ampang Permai, Ampang Jaya dan Lembah Jaya. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: Taman Dagang, Taman Cahaya, Taman Cempaka,Taman Cahaya,Taman Saga, Taman Bukit Indah, Taman Kosas, Taman Kesuma, Pandan Jaya dan Pandan Indah.Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran(MPAJ)sehingga ke Kampung Melayu Ampang,Pinggiran Ukay,Ukay Height,Baverly Hill,Taman Keramat AU,Bukit Antarabangsa,Jelatek,Zoo View(kawasan sekitar Zoo Negara),Taman Permata,Taman Melawati dan sehingga ke Taman Maluri. Di samping itu beberapa kondominium mewah juga terdapat di sekitar kawasan Ampang:
Perjalanan ke pusat bandar amat strategik dimana terdapat lebih banyak jalan yang menghubungkan ke Ibu Kota Kuala Lumpur disamping Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(AKLEH) dan Middle Ring Road 2(MRR2).Sebagai merakamkan rasa penghargaan kepada Selaman Sdn.Bhd yang telah banyak berbudi terhadap pembangunan kawasan Mamanda,sebatang lorong yang berhadapan dengan Dataran D'Palma dan Pusat membeli belah Ampang Point telah diberi nama Lorong Selaman.Lorong ini yang agak sesak kerana merupakan jalan yang menjadi salah satu laluan utama untuk memasuki Jalan Ampang(jalan terpanjang yang menghubungkan laluan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur). Ampang juga mempunyai sebuah hutan simpan yang lebih dikenali sebagai "Hutan Simpan Bukit Belacan" yang terletak di kaki Bukit Belacan.Kini pada tahun 2008 hutan simpan itu telah diberikan nafas baru dengan landskap panorama yang lebih indah,bersih dan mesra.Nama baharunya adalah"Taman Rimba Ampang". Taburan bangsa utama
Taburan jantina
INFO MUKIM AMPANG
Sumber : Data dari laman web Majlis Perbandaran Ampang (www.mpaj.gov.my)
Senarai Kompleks Membeli-Belah
Senarai Masjid Utama
Senarai Sekolah Rendah, Menengah dan Institusi Pengajian Utama
SENARAI KAMPUNG DI MUKIM AMPANG 1
SENARAI KAMPUNG DI MUKIM AMPANG 2
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||