Ucapan Pengarah| Pengenalan Alumni KKHL| Organisasi | Undang-Undang Alumni

PENGENALAN ALUMNI KKHL

Misi

Merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar, Alumni dan Kolej komuniti.

Visi

Bertekad menjadi sumber rujukan mengenai Alumni dan mewujudkan hubungan strategik yang berterusan di antara Alumni dengan Kolej Komuniti Hulu Langat ke arah pembangunan Kolej Komuniti Hulu Langat

TUJUAN/MATLAMAT

            Antara tujuan penubuhan adalah seperti berikut:

  • Menyatu dan mengeratkan hubungan dan kerjasama di kalangan ahli dan juga dengan pihak Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor dalam suatu pertubuhan berdaftar.
  • Memberi kerjasama dan membantu pihak kolej mempertingkatkan pendidikannya agar melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan berjaya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi agar menjadi insan atau pemimpin yang cemerlang.
  • Mengumpul dan mempertemukan semula bekas-bekas pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor yang telah lama berpisah dan ramai di antara mereka telah berjaya dalam bidang kerjaya dan kehidupan masing-masing agar dapat memberi sumbangan khidmat bakti dari segi sokongan moral dan kebendaan kepada kecemerlangan pendidikan kolej ini.


KEAHLIAN

Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia iaitu semua bekas graduan KKHL. Sehingga kini ahli alumni UUM yang mendaftar dengan Persatuan Alumni KKHL adalah seramai 150 orang.


YURAN

Yuran Kemasukan RM 5.00
Yuran tahunan RM 10.00

Atau

Yuran seumur hidup RM50.00


Aktiviti Utama

  • Mengumpul data-data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni (SMA).
  • Merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni di peringkat Kolej melalui Persatuan Alumni peringkat program.
  • Mengeluarkan serta menerbitkan berita dan buletin Alumni.